Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak, Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

Kehidupan

Ibu Tertumpah Gam 3 Saat Atas Muka Anak, Kelopak Mata Melekat Hingga Terpaksa Buat Pembedahan

Malang tidak berbau apabila seorang ibu menghadapi detik cemas setelah anaknya yang berusia dua tahun telah tertumpah gam 3 saat di seluruh wajahnya.

Tragedi tersebut dikongsi oleh Pegawai Perubatan Oftalmologi, Dr Syaz menerusi sebuah hantaran panjang lebar di laman Facebook miliknya.

Advertisement

Cerita Dr Syaz, kanak-kanak tersebut telah dihantar ke jabatan kecemasan oleh ibunya dan terus dihantar ke wad mata untuk pemeriksaan lanjut.

Ujarnya, ini kali pertama mereka menghadapi kes seperti itu dan menurut ibunya, gam 3 saat yang banyak dijual di kedai Mr DIY itu telah tertumpah dengan tidak sengaja ketika dia sedang mengemas rumah.

Berikutan sifatnya yang cepat melekat, ianya menjadi sukar untuk dicuci dan ditanggalkan sebelum mengeras di wajah dan kawasan sensitif di bahagian mata.

Ketika pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lai. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah.

Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata, kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.

Kongsi Dr Syaz, antara tip menghilangkan kesan gam tersebut ialah basuh dengan air suam dan sabun atau gunakan gel petroleum (seperti vaseline).

Gam 3 saat tumpah Sumber : Facebook 

 

Namun jika melibatkan kawasan mata, doktor akan menggunakan bahan khas yang dibuat untuk mata supaya tidak pedih dan sakit.

Namun begitu, untuk kes kanak-kanak tersebut, usaha itu tidak berkesan dan si kecil itu terpaksa menjalani pembedahan secara bius penuh pada hari berikutnya.

Dalam pada itu, Dr Syaz sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan gam tersebut khususnya apabila terdapat kanak-kanak di sekeliling anda.

2 years ago

Wanita Bongkar 'Spend' RM15K Ambil Anak Angkat, Rupanya Kena Bagi 'Saguhati' Pada Ibu Kandung Juga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...