September 27th, 2017

Semalam, Fattah Amin dan Nur Fazura diraikan di dalam majlis Fattzura Birthday Bash. Tidak dinafikan memang ramai yang mengharapkan mereka berdua ada jodoh bersama.  Turut menarik perhatian netizen adalah kemesraan Fazura bersama keluarga Fattah yang turut hadir pada majlis berkenaan. Malah, Fazura dan ibu Fattah nampak sangat rapat dan foto mereka berpelukkan menjadi bualan ramai.

Menurut Fattah, Fazura sudah beberapa kali bertemu dengan keluarganya dan ibu beliau juga dapat menerima Fazura dengan baik. Wah, nampaknya ibu Fattah dah bagi “green light”.

Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam).Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik. Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini. Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik.

Hubungan yang mendapat restu ibu bapa serta keluarga selalunya akan diberkati. Betul tak? Kita doakan yang terbaik buat Fattah dan Fazura.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto :  Instagram Leeyana


Comments are closed.

Loading...