“Ibu Mesti Bangga”- Shuib Luah Kegembiraan, Lihat Uwais Jadi Juara Kejohanan Golf Terbuka Junior

Hiburan

“Ibu Mesti Bangga”- Shuib Luah Kegembiraan, Lihat Uwais Jadi Juara Kejohanan Golf Terbuka Junior

Uwais Al-Qarni, anak sulung kepada pelawak Shuib dan penyanyi allahyarham Siti Sarah Raisuddin telah menjadi juara pada Kejohanan Golf Terbuka Junior, Kategori 10 Tahun anjuran Palm Resort.

Vida dan anak anak shuib
2 years ago

Buat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Advertisement

Sepanjang kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, Uwais ditemani bapa serta datuknya Raisuddin Hamzah.

Alhamdulillah, champion untuk kategoru 10 tahun! Tahniah Wais! Percaya daddy, Ibu pasti sangat-sangat bangga.

Bangga dengan kejayaan Uwais, Shuib telah berkongsi momen gembira tersebut menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shuib memaklumkan yang isterinya pasti gembira dengan kejayaan dicapai Uwais kerana arwah yang mahu anak sulungnya menjadi pemain golf profesional.

Dalam pada itu, Shuib sempat juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada bapa mertuanya kerana selalu membawa Uwais ke padang golf untuk berlatih.

Shuib & Uwais

I Love you so much champ! Daddy akan buat sehabis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa! U ARE MY CHAMPION!!!

Sekadar info, kecenderungan Uwais dalam sukan golf mula dikesan Shuib dan Siti Sarah sejak anak sulung mereka itu masih kecil.

Malah, allahyarham Siti Sarah sendiri pernah berkongsi sebuah hantaran IG menyatakan Uwais sudah mula mengikut jejak langkah Shuib dan Raisuddin ke padang golf.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...