Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Mentua Dakwa Hubungan Hannah Delisha Dan Ibu Kandung Sudah Lama Keruh

ibu mentua hannah delisha

Semakin banyak yang didedahkan, semakin rumit nampaknya kisah perhubungan di antara pelakon Hannah Delisha dengan ibu kandungnya, Noor Ashikin.

BACA: Perkahwinan Tidak Direstui, Puisi Ibu Hannah Delisha Undang Tanda Tanya Netizen

Advertisement

Rata-rata peminat nampaknya terkejut apabila khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pernikahan pelakon wanita itu sepertinya tidak mendapat restu ibu sendiri selain dia dan Imam Shah ditebak sudah lebih setahun berkahwin sebenarnya.

BACA: Tarikh Entri Eleena Sui Jadi Persoalan, Hannah Delisha Didakwa Kahwin Tahun Lepas?

Terbaru menerusi laporan mStar Online, ibu mentua Hanna iaitu Mariana Yati mendakwa bahawa hubungan Hannah dan Noor Ashikin sudah lama keruh.

“Hannah itu budak baik. Kasihan saya tengok dia, setiap hari Hannah menangis dan sentiasa berdoa agar hubungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu.”

ibu mentua hannah delisha

Advertisement

Katanya lagi, dia tidak akan melakukan hal yang sama seperti ibu kandung Hannah memandangkan mereka sudah selamat bergelar suami isteri.

“Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami dah pun selamat disatukan, doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Saya memang tidak akan buat apa yang dia (mak Hannah) buat (tidak merestui perkahwinan anak). Siapa kita nak menolak takdir dan ketentuan serta jodoh daripada Allah SWT.”

Dakwaan yang dibuat ibu Imam Shah itu sepertinya menguatkan lagi spekulasi di mana Noor Ashikin kononnya tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Dalam pada itu, Mariana menjelaskan bahawa pernikahan Imam dan Hannah dilangsungkan atas kemahuan pasangan itu sendiri dan bukannya disebabkan oleh paksaan daripada pihak lain.

“Sampai hati dia (Noor Ashikin) cakap macam itu (isu restu ibu), ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa. Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau Imam.”

ibu tak restui perkahwinan hannah delisha

Walaubagaimanapun Mariana mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan apa-apa apabila ditanya mengenai tarikh pernikahan sebenar dua-dua pelakon kelahiran Singapura itu.

Wanita itu juga meminta agar semua mendengar kenyataan mengenai hal ini daripada mulut Hannah dan Imam sendiri dan merasakan bahawa bukan tempatnya untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Akhir bicara, Mariana meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk masjid yang dibina oleh anak dan menantunya itu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Pk maon

    March 11, 2021 at 1:52 pm

    Naluri ibu itu sebenarnya peringatan dari allah. Belum lama dah nampak dah tru colour ibu mertua dia. Adakah gambar yang tular tu sebenarnya cara halus mertua nak buka aib. Gembira ke menceritakan masaalah menantu dengan keluarga kandung dia. Apa yang awak nak bagitahu sebenarnya. Awak nak tunjukkan yang awak mampu ikat menantu awak ke dan anak awak serta insyaallah jika ada cucu akan berada dalam kain awak. Apa punya mertua lah. Walau ada problem awak tak sepatutnya masuk campur. Walau anak awak lelaki. Ingat tu walau sebanyak mana awak letak garam air dicincang takkan putus dan balasan akan nampak di dunia ini. Bukan nitizen cakap tapi nak tau pergi mengaji.

  2. tecit

    March 11, 2021 at 10:16 am

    she doesnt have right to talk like that about her besan. die sepatutnye sebagai org tgh tlg la. xkan xfaham perasaan sesame ibu. maknenye die xkenan la dgn ank kauuuu.

  3. Anonymous

    March 11, 2021 at 9:13 am

    sibuk pulak mak mertua dia duk bagi statement. si hannah tu diam je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama