“Ibu Mentua Akan Pastikan Saya Bercerai” – Peguam Syarie Kongsi Prosedur Heret ‘Pihak Ketiga’ Ke Mahkamah

Kehidupan

“Ibu Mentua Akan Pastikan Saya Bercerai” – Peguam Syarie Kongsi Prosedur Heret ‘Pihak Ketiga’ Ke Mahkamah

Gangguan orang ketiga dalam rumahtangga bukan lagi isu yang asing di Malaysia dan sering kita dengari. Namun, tahukah anda, gangguan orang ketiga bukan sahaja merujuk kepada gangguan dari orang luar, rakan sekerja mahupun rakan karib tetapi juga terpakai kepada ibu atau bapa mertua serta ahli keluarga.

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita yang berkongsi kisah kemelut rumahtangganya apabila kehadirannya tidak disenangi ibu mentua yang tidak serik-serik mengganggu perkahwinannya agar dia berpisah dengan suami.

Advertisement

Kisah wanita itu dikongsikan oleh seorang peguam syarie dikenali sebagai Nor Asyiqin menerusi hantaran di laman Facebook.

Menurut hantaran tersebut, ibu mentua wanita itu merupakan seorang berjawatan dan berpangkat tinggi di sektor kerajaan dan sering mengugut akan membuatkan suami isteri tersebut bercerai walau apa pun terjadi.

Jika terpaksa guna orang dalam pun tidak kisah selagi impiannya tercapai.

mentua

Nor Asyikin tampil menjelaskan bahawa situasi ini merupakan gangguan dari pihak ketiga walaupun bukan melibatkan skandal, bekas kekasih atau mana-mana pihak.

Peguam itu turut berkongsi prosedur yang perlu dilakukan bagi ‘mengheret’ pihak ketiga ke mahkamah mengikut kesalahan di bawah Jenayah Syariah seksyen 34, menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

mahkamah

Ini Prosedur Bagi Mengheret Pihak Ketiga Ke Mahkamah

1. Kumpul segala bukti sama ada melalui video, gambar, whatsapp, mesej, e-mail, laporan polis, medical checkup, cctv, resit hotel, makumat pihak ketiga seperti nama penuh, nombor telefon, alamat (sekiranya ada).

2. Buat aduan di bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam negeri tempat anda menetap.

3. Selepas membuat aduan, pihak di bahagian Penguatkuasaan akan membuka kertas siasatan dan meneliti bukti-bukti yang ada.

4. Dalam sesetengah kes, Pegawai Penguatkuasa Agama akan memanggil pihak ketiga tersebut untuk diambil keterangan.

5. Selepas dibuka kertas siasatan, kes tersebut akan diserahkan ke bahagian Pendakwaan iaitu Pendakwa Syarie akan meneliti kertas siasatan, keterangan, bukti-bukti dan lain-lain untuk dibentangkan di Mahkamah Tinggi Syariah.

6. Selepas pendakwaan siap, barulah kes akan dihantar ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk pendaftaran bagi mendapatkan tarikh sebutan kali pertama. Kes akan dibentangkan oleh Pendakwa Syarie dengan pesalah dikehendaki duduk di dalam kandang pesalah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lrt
5 bulan lalu

"Sentiasa Bersedia" - Ini 'Survival Tips' Yang Anda Patut Tahu Jika Berdepan 'Sexual Harassment' Di LRT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymousjugak

    July 15, 2022 at 3:24 am

    Entah patutnya minimun 10k baru org takut

  2. Anonymous

    July 14, 2022 at 6:01 pm

    denda x lebih 5k, nk bukak fail mcm2 dokumen nk sediakan. ntah apa2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...