“Sentiasa Bersedia” – Ini ‘Survival Tips’ Yang Anda Patut Tahu Jika Berdepan ‘Sexual Harassment’ Di LRT

Kehidupan

“Sentiasa Bersedia” – Ini ‘Survival Tips’ Yang Anda Patut Tahu Jika Berdepan ‘Sexual Harassment’ Di LRT

Isu gangguan seksual dalam kalangan rakyat Malaysia amat membimbangkan kerana hal ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa, khususnya wanita.

Begitulah yang dilalui oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman hitamnya apabila terpaksa berhadapan gangguan seksual di dalam LRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak petang.

Advertisement

Kesal perkara itu terpaksa dihadapai para wanita dalam kehidupan seharian, pengguna itu berkongsi beberapa tips yang perlu dilakukan oleh seseorang jika mereka berhadapan gangguan seksual di dalam LRT.

lrt

1. Sentiasa Berada Dalam Mod ‘Alert’

Sentuhan walaupun sedikit pada bahagian badan mungkin tanda seseorang cuba untuk meraba anda. Menurut wanita itu, orang yang cuba menggangu dirinya secara seksual bermula dengan sedikit iaitu melalui sentuhan pada punggung kanan sebelum dia mula meramasnya.

2. Menjerit Sekuat-Kuatnya

Apabila perkara ini berlaku, anda perlu menjerit sekuat-kuatnya dan boleh menyebut “TAHAN DIA, DIA SENTUH/RABA SAYA” selain meminta bantuan orang lain dengan bersungguh-sungguh.

Jelasnya, dia telah menjerit kepada si pelaku “WATCH YOUR HAND PERVERT” dan si pelaku cepat-cepat mengalihkan tangannya.

3. Bawa Si Pelaku Keluar Dari Keretapi Terus Ke Polis Bantuan Berdekatan

Sebaik sahaja anda sampai ke hentian seterusnya, anda perlu meminta orang ramai membantu anda untuk mengiring si pelaku keluar dari keretapi dan terus ke polis bantuan yang berdekatan.

Menurutnya, dia tidak sempat melakukan perkara ini kerana terlalu terkejut dan si pelaku itu turun serta-merta di perhentian seterusnya iaitu di Pasar Seni.

4. Buat Laporan Polis

Kemudian, anda perlu pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Selepas itu, mereka akan meminta anda pergi ke Ibu Pejabat Kontinjen KL untuk keterangan lanjut kerana kes gangguan seksual agak rumit.

Dalam kes wanita itu, si pelaku ditangkap dalam masa 24 jam selepas dia memaklumkan perkara tersebut kepada Polis Bantuan Prasarana dengan gambar bukti sebagai panduan.

Mereka sangat cekap dan anda boleh mempercayai mereka. Syabas kepada PB RapidKL!

5. Bertindak Segera

Akhir sekali, kes gangguan seksual sukar dibuktikan melainkan anda mempunyai saksi dan bukti yang kukuh. Inilah sebabnya anda perlu bertindak segera apabila ia berlaku supaya tiada siapa boleh menafikan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, wanita itu turut memaklumkan si pelaku yang menyerang dirinya secara seksual merupakan seorang warga Pakistan dan kini sudah ditangkap pihak polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

baby
5 bulan lalu

"Air Kencing Kemerahan" - Ibu Rawat 'Napkin Rash' Guna Inai, Bayi Berusia 42 Hari Terus Bertukar Pucat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...