Ibu Kecewa Pihak Sekolah ‘Cover’ Kes Buli, Pengetua Beri Alasan Pembuli Dari ‘Broken Family’

Kehidupan

Ibu Kecewa Pihak Sekolah ‘Cover’ Kes Buli, Pengetua Beri Alasan Pembuli Dari ‘Broken Family’

Hati ibu mana yang tidak sakit apabila mendapat khabar bahawa anak yang disayangi dibuli semasa berada di sekolah.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini kepada pihak mStar apabila mendapati anak lelaki berumur 7 tahun dilempang oleh rakan sekelas ketika sedang beratur di perhimpunan sekolah.

Advertisement

Difahamkan anak lelakinya menghidap penyakit disleksia, ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) dan rabun mata yang tinggi hingga perlu memakai cermin mata yang mempunyai power lebih 300.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selepas mengetahui anaknya dibuli, si ibu mengambil tindakan mengadu kepada penyelia petang di sekolah, namun maklum balas yang diterima sememangnya mengecewakan hati wanita terbabit.

Difahamkan, pembuli tersebut juga pernah membuli murid lain sebelum ini tetapi pihak sekolah tidak mengambil tindakan selanjutnya kerana berasa kasihan dia datang dari broken family dan ibunya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kerana berasa kesal dengan jawapan yang diberi, wanita itu mengakui tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan melaporkan kepada pihak polis seandainya berlaku sekali lagi kes membuli dan akan menyaman pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam pada itu, wanita itu memberitahu ibu kepada pembuli itu enggan membawa anaknya berjumpa pakar, sebaliknya hanya memasukkan ke pusat tahfiz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

anak dnars kosmetik dedah rahsia bapa tiri
3 years ago

"Dia Dah Ada Skandal Masa Mami Hidup.." - Anak Pengasas Dnars Dakwa Bapa Tiri Khianat Keluarga?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...