‘Ibu Kandung Pernah Terima Rawatan Psikiatri’ – Polis

Trending

‘Ibu Kandung Pernah Terima Rawatan Psikiatri’ – Polis

Baru sahaja tiga bulan diserahkan kepada ibu kandung, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemui meninggal dunia dipercayai akibat didera.

3 years ago

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera, 3 Bulan Selepas Diserahkan Kepada Keluarga Kandung

Advertisement

Berita kematian kanak-kanak yang dikenali sebagai Amir ini bukan sahaja meruntun hati keluarga angkat namun seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Hanya rawatan biasa

Memetik sumber Astro Awani, ibu kandung kepada kanak-kanak tersebut dilaporkan pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, suspek walau bagaimanapun hanya mendapatkan rawatan biasa dan tidak disahkan sebagai pesakit mental.

Ya suspek pernah mendapatkan rawatan, tetapi sudah lama iaitu pada tahun 2019 lalu.

Rawatan itu diterima di Hospital Melaka dan hanya rawatan biasa yang mana wanita itu tidaklah (mental) seperti didakwa.

Katanya lagi, orang ramai digesa agar menghentikan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Masyarakat sepatutnya menilai sesuatu kes jenayah menurut kaca mata keadilan sebenar dan bukannya membuat andaian dan spekulasi yang mencacatkan sistem keadilan jenayah dan seterusnya mendatangkan fitnah kepada sistem pentadbiran keadilan jenayah.

Dia memohon orang ramai menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan mengikut undang-undang serta kuasa yang diberikan secara telus, adil serta amanah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...