Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera, 3 Bulan Selepas Diserahkan Kepada Keluarga Kandung

Trending

Kanak-Kanak Maut Dipercayai Didera, 3 Bulan Selepas Diserahkan Kepada Keluarga Kandung

Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemui maut dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka.

Menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak tersebut dipercayai didera ibu dan bapa tiri berikutan terdapat kesan cedera serta lebam di anggota badan.

Advertisement

Disyaki didera

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air di rumah.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa dicederakan. Susulan itu, ibu dan bapa tiri kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun ditahan.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, seorang wanita yang dipercayai kakak angkat mangsa telah meluahkan rasa pilu apabila mengetahui berita pemergian kanak-kanak ini.

Keluarga angkat luah rasa pilu

Kanak-kanak ini dipercayai pernah mendapat perhatian ramai menerusi video perpisahan dengan keluarga angkatnya.

Sekarang kau dgn kitorang dah terpisah tak jumpa sampai bila-bila kitorang dah sampai Melaka mir nak jumpe kau buat kali terakhir.. semoga semua dipermudahkan yaallah.

Mangsa dipercayai diserahkan semula kepada keluarga kandung selepas 6 tahun dibesarkan keluarga angkat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...