“Ibu Kandung Ada Hak Minta Noh Padam Foto Musa” – Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dan Noh

Hiburan

“Ibu Kandung Ada Hak Minta Noh Padam Foto Musa” – Peguam Ulas Isu Anak Angkat Mizz Nina Dan Noh

Kecoh sebelum ini mengenai tuntutan ibu kandung kepada anak selebriti Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina yang menggesa agar vokalis kumpulan Hujan itu memohon maaf dan memadam kesemua foto Musa di media sosial dengan alasan sudah melanggar perjanjian yang ditanda tangani sebelum ini.

Peguam beri pendapat

Mengulas mengenai isu tersebut, seorang peguam tampil menyatakan pendapatnya dari sudut undang-undang.

Advertisement

Noh boleh dikenakan tindakan undang-undang

Ujar peguam Mahmud Abdul Jumaat, Noh Salleh boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak Seksyen 15 iaitu menyebarkan gambar Musa tanpa kebenaran.

Kanak-kanak ini dia sangat fragile dan kalau boleh jangan libatkan dalam hal penjagaan kanak-kanak. Sebaiknya mereka tidak dipaparkan kepada umum.

Si ibu boleh mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan siasatan akan diambil sekiranya tiada tindakan dilakukan oleh Noh.

Tiada unsur mahu raih publisiti

Mahmud dalam pada itu merasakan tuntutan yang dipohon ibu kandung Musa itu bukanlah untuk meraih publisiti sebaliknya hanya mempertahankan maruah anaknya.

Kalau sekiranya benar dia mahu publisiti, dia mesti akan mohon untuk sidang media secara video dilakukan dan nama sendiri diberitahu kepada umum. Tapi sidang media dibuat secara tutup, nama pun tidak didedahkan.

Saya tidak nampak lain selain hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.

Kekecohan antara Noh dan Mizz Nina mula terjadi apabila muncul dakwaan vokalis kumpulan Hujan itu telah menculik Musa setelah berpakat dengan pembantu rumah bekas isterinya.

Namun, Noh menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan Musa diserahkan ibu kandungnya secara rela untuk dijaga dan si kecil itu diambil menggunakan cara yang sah di sisi undang-undang.

Mizz Nina kemudiannya tampil membuat kenyataan bahawa Noh mengambil Musa di luar pengetahuannya sebagai penjaga anak angkatnya itu yang sebenar selain ‘meghilangkan’ diri setelah mengambilnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mizz nina
11 months ago

"Sejak Waktu Itu, Dia Tiada Hak Untuk Menjadi Penjaga Sah Musa" - Isu Noh & Ibu Kandung Anak, Mizz Nina Akhirnya Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...