Ibu Bapa Meninggal Dunia Serentak, Saudara Mara Buntu Fikir Tentang 4 Beradik – “Siapa Yang Akan Menjaga Mereka?”

Kehidupan

Ibu Bapa Meninggal Dunia Serentak, Saudara Mara Buntu Fikir Tentang 4 Beradik – “Siapa Yang Akan Menjaga Mereka?”

Kedua ibu bapa meninggal dunia pada waktu yang sama akibat kemalangan jalan raya, kini nasib empat beradik yang masih bersekolah menjadi tanda tanya.

Rosnah Ahmad, 44, dan Azranawi Radzi, 42 tahun maut selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat Kota Tampan, Lenggong, semalam.

Advertisement

Ketika kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, skuter ditunggangi Aznarawi gagal mengelak sebuah kereta yang ingin masuk ke jalan utama dari sebuah stesen minyak.

Menurut ibu saudara Rosnah, Hamizura Osman, setakat ini masih belum ada perbincangan antara ahli keluarga tentang penjagaan anak-anak pasangan itu.

Jelasnya, tiada masalah untuk menjaga namun keluarga risau mereka tidak dapat kasih sayang seperti ibu dan ayah kandung.

Arwah meninggalkan empat anak dan sekarang menjadi persoalan siapa yang akan menjaga mereka.”

Tambah Hamizura lagi, perbincangan akan dilakukan bersama ahli keluarga yang lain dan jika boleh empat beradik itu tidak mahu mereka pisahkan.

Perbincangan akan dibuat selepas ini untuk tidak memisahkan penjagaan antara empat beradik itu walaupun secara logiknya siapa sahaja yang mampu dan sanggup menjaga keempat-empatnya serentak.”

Pasangan suami itu terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari Gerik menghala Ipoh bersama konvoi motosikal dengan rakan lain.

Arwah meninggal tiga anak lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia 16,14,12 dan tujuh tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) “Besar Pahala” - Bapa Saudara Sanggup Berkorban, Jaga 3 Beradik Yatim Piatu Selepas Kematian Ibu Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...