(VIDEO) “Besar Pahala” – Bapa Saudara Sanggup Berkorban, Jaga 3 Beradik Yatim Piatu Selepas Kematian Ibu Bapa

Kehidupan

(VIDEO) “Besar Pahala” – Bapa Saudara Sanggup Berkorban, Jaga 3 Beradik Yatim Piatu Selepas Kematian Ibu Bapa

Syawal yang hampir tiba sudah pasti akan disambut meriah oleh setiap keluarga kerana hari raya merupakan hari yang istimewa untuk semua umat Islam. Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari di mana ahli keluarga berkumpul setelah lama tidak berjumpa.

Malangnya bagi 3 orang kanak-kanak di mana mereka terpaksa menyambut hari raya tanpa ibu bapa. Perkara itu dikongsikan oleh bapa saudara mereka yang dikenali sebagai Hassan Kosnan di TikTok.

Advertisement

Video TikTok itu menunjukkan berita buruk yang ditimpa oleh tiga beradik itu dalam bentuk akhbar yang diterbitkan pada tahun 2018. Menurut video itu juga, ibu bapa kepada kanak-kanak itu terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selain itu, di dalam video TikTok itu terselit gambar terakhir hari raya tiga beradik itu bersama ibu bapa mereka. Selepas kejadian itu, bapa saudara kepada tiga beradik itu mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak tersebut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata menunjukkan rasa hormat terhadap bapa saudara kanak-kanak itu kerana sanggup berkorban menjaga ketiga beradik itu selepas ketiadaan ibu bapa mereka.

2 years ago

"Abah...Abah..." - Hanya Dengar Jeritan Terakhir, Dua Beradik Maut Kebakaran Ketika Ibu Bapa Bersahur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...