Tiada sebarang pentunjuk mahupun khabar angin, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita gembira dimana Stacy dan Akim sudah mengikat tali pertunangan pada hari Sabtu  lalu secara tertutup selepas 6 tahun bercinta.
Stacy yang sebelum ini enggan membicara soal kahwin akhirnya akur dengan ketentuan akdir juga menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak yang mahu perkahwinan mereka disegerakan kerana tidak mahu kelihatan tidak manis apabila Akim dan Sacy dilihat sering keluar bersama.
Mak dan ayah kami minta ia disegerakan. Saya pun sudah masuk Islam, perlukan bimbingan. Tambahan pula kami sudah enam tahun berkawan. Dalam Islam pun tidak elok untuk lelaki dan wanita sering berdua-duaan jika tiada ikatan.
Selepas berbincang, kedua-dua pihak bersetuju melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu.
Buat masa ini Stacy enggan memberikan butiran lanjut mengenai perbincangan mereka yang diadakan sewaku majlis pertunangan mereka. Pada masa yang sama, Stacy sempat meluahkan rasa gembira sudah menjadi tunangan orang dan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri.
Semestinya saya gembira, akhirnya kami bertunang selepas enam tahun berkawan. Pada masa sama, saya sendiri perlu lebih bersedia untuk menjadi isteri orang.
Alhamdullilah selepas bertahun-tahun lamanya mereka bercinta akhirnya disatukan jua, tidak mengapa jika Stacy dan Akim tidak mahu memberikan butiran lanjut mengenai perancangan mereka untuk berkahwin, lebih baik tidak terlalu terbuka semasa bertunang tetapi memberitahu semua orang bila sudah dapat tarikh pernikahan nanti. Semoga hubungan anda berdua diberkati olehNya.