Satu pasangan suami isteri warga Malaysia tidak dapat menahan sebak dan sedih apabila anak kesayangan mereka yang hilang telah ditemui tidak bernyawa apabila meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand – Myanmar.
Lapor Bernama, pasangan itu iaitu Goi Chee Kong, 50, dan isterinya telah mencari anak mereka yang hilang sebelum menerima berita duka itu.
Difahamkan mendiang yang baru berusia 23 tahun itu telah menjadi mangsa sindiket penipuan kerja dan pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar untuk tujuan bekerja bagi sindiket itu.
Mereka berdua telah berlepas ke Bangkok pada 30 Ogos untuk menemui anak mereka setelah menerima info mendiang sedang sakit dan menerima rawatan di hospital di sana
Kami diberitahu anak kami sakit dan menerima rawatan di hospital. Jadi, saya dan isteri datang ke Bangkok untuk bawa dia pulang ke Malaysia bagi dapatkan rawatan.
Setelah tiba, keduanya diberitahu pihak hospital bahawa anak mereka telah meninggal dunia pada 2 pagi 11 Mei.
Doktor percaya anak saya didera sebelum ditinggalkan di hospital pada 11 April.
Kata Chee Kong, anaknya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan dengan menggunakan nama dan nombor pasport palsu.
Mak bapak ke Bangkok cari anak lelaki.
Rupanya si anak sudah pun meninggal dunia 11 Mei lalu di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar.
Lebih menyedihkan apabila mendapat tahu yang si anak menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) September 4, 2022
Jasad mendiang telah dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi dan pasangan suami isteri itu berharap agar dapat membawa pulang abu mayat anak mereka dengan secepat mungkin.
Walau bagaimanapun, mereka perlu menjelaskan tunggakan bil hospital kira-kira RM40,000 dan terdapat satu usaha daripada Ahli DUN Teruntum, Sim Chon Siang untuk mengumpul dana berkenaan.
Berikutan peristiwa itu, Chee Kong menasihatkan mereka di luar sana agar tidak terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menawarkan upah yang lumayan.
Berita lanjut boleh baca di SINI.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.