OctaFX Dipromosikan Wak Doyok Dan Fizo Omar Kini Termasuk Senarai Amaran Bank Negara Malaysia

Berita

OctaFX Dipromosikan Wak Doyok Dan Fizo Omar Kini Termasuk Senarai Amaran Bank Negara Malaysia

Minggu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status sebenar platform OctaFx yang kini memasuki senarai amaran institusi kewangan berkenaan.

OctaFx merupakan platform broker antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian sejak tahun 2011.

Advertisement

Dalam kenyataan itu, BNM memaklumkan bahawa platform dagangan itu telah tersenarai dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan yang membawa maksud syarikat berkenaan tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Sila maklum bahawa senarai ini tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Syarikat berikut ditambahkan ke dalam senarai adalah OctaFX.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) ada memasukkan OctaFx dalam senarai Amaran Pelabur atas alasan kemungkinan skim pelaburan haram klon yang menawarkan pulangan tinggi.

Iklan-iklan syarikat pelaburan itu yang sering dilihat di media sosial seperti Instagram dan Youtube menjadi bahan bualan orang ramai kerana ia menampilkan selebriti seperti Fizo Omar dan Wak Doyok di sebalik status syarikat itu yang dikatakan tidak patuh syariah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Najib Dipenjara Bukan Untuk Diraikan" - Fizo Omar Percaya Ada Mesej Tersirat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...