Ditimpa kotroversi selepas satu demi satu, Zizan Razak mengakui bahawa ibu bapanya adalah kekuatan utama beliau ketika menempuhi segala ujian dan detik gelap didalam kerjayanya.
Mereka memberikan Zizan semangat moral dan sering menasihati pelawak itu agar tidak cepat melatah jika dikaitkan dengan sesuatu gosip dan selalu tanamkan sifat sabar dalam diri.
Jika tiada ibu bapa saya tidak tahu apa akan jadi kerana mereka adalah kekuatan saya dan bersyukur kerana mereka sentiasa nasihatkan saya supaya bersabar dan tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran hebat ini.
Jelas Zizan lagi, beliau sama sekali tidak merasa terkilan dengan pelbagai kontroversi yang menghimpit dirinya malah beliau redha akan apa yang terjadi kerana menganggap ia sebagai ketentuan Allah SWT.
Sebagai manusia biasa dan orang Islam saya percaya setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan Allah memberi cabaran ini kepada saya dengan tujuan yang baik.
Insya-Allah jika saya tidak berputus asa Tuhan itu akan beri jalan lebih baik kepada saya selepas ini.
Nama Zizan mula terpalit dengan kontroversi apabila hubungan percintaan beliau bersama aktres Emma Maembong putus pada tahun lalu. Kemudian beliau juga dituduh sebagai pelawak yang sering menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita selain melanggan pelacur ketika berada di Indonesia.
Tidak lama selepas itu, beliau mengejutkan peminat industri huburan tanah air apabila mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi dengan Nur Edora Diyana juga berasal daripada negeri Terengganu. Cerita mereka mula menjadi panas apabila Zizan didakwa menjalinkan hubungan dengan wanita berkenaan semasa masih lagi bergelar kekasih kepada Emma Maembong.