Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Zizan Razak Nafi Langgan Pelacur Di Kelab Eksklusif Negara Seberang

Identiti pelawak kasanova yang dikatakan meminta gambar lucah dari wanita melalui aplikasi perbualan telefon masih hangat diperkatakan. Sebelum ini juga tersebar gosip bahawa pelawak tersebut tidak menghadiri majlis ABPBH 2014 sebelum ini kerana berada di Indonesia untuk urusan kerja.

Apa yang mengejutkan ialah, sewaktu berada di sana, pelawak itu didakwa telah masuk ke sebuah kelab eksklusif yang terkenal dengan aktiviti pelacuran kelas atasan Indonesia pada waktu malam dan hanya keluar  dari situ pada jam 3.00 pagi.

Namun begitu, pelawak yang dimaksudkan iaitu Zizan Razak telah muncul di rancangan Melodi TV3 sebentar tadi, menafikan yang dia masuk ke kelab sebegitu sewaktu berada di sana.

Advertisement

Tak baik buat cerita macam tu. Tujuan saya berada di sana ialah untuk menjalankan tugas-tugas saya. Secara jujurnya, saya pergi ke pusat karaoke di sana. Tiada pula pelacur di sana. Yang ada hanya permainan snooker.

Saya mengaku pergi ke pusat karaoke itu tetapi demi Allah tiada pelacur di sana.

Mengenai pendedahan bahawa dia sering meminta gambar lucah dari wanita, Zizan menafikannya, mendakwa ia boleh jadi perbuatan orang lain yang menyamar sebagai dirinya berdasarkan kenyataan bahawa teknologi boleh disalah gunakan.

Zizan turut meminta maaf dari semua pihak media kerana enggan komen mengenai perhubungannya dengan Emma Maembong sebelum ini.

Dia juga tampil ke Melodi untuk membersihkan namanya dan pelawak-pelawak lain dari tuduhan tersebut dan berharap segalanya telah jelas.

Advertisement

Sebelum ini, tiada pengesahan secara rasmi bahawa pelawak kasanova yang dilaporkan itu ialah Zizan, tetapi kemunculan Zizan di Melodi seolah-olah memberi bayangan bahawa dia ialah pelawak yang diperkatakan.

Zizan turut menafikan bahawa dalang yang mendedahkan tentang semua itu ialah bekas kekasihnya Emma Maembong, memberitahu Emma seorang yang sangat baik dan tidak akan berbuat sesuatu seperti itu.

"Ingin Masakan Yang Menyentuh Hati?" JOM! Sertai kami di program "MASAK DARI HATI" anjuran JKKNWPKL pada 29 Mei 2015 di…

Posted by Jkkn Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur on Monday, 23 February 2015

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama