Ibu Anti Vaksin Mengamuk Tak Dibenarkan ‘Discharge’ Kerana Anak Demam Kuning

Kehidupan

Ibu Anti Vaksin Mengamuk Tak Dibenarkan ‘Discharge’ Kerana Anak Demam Kuning

Golongan anti vaksin tak dinafikan sememangnya berpegang kuat kepada prinsip dan pendirian mereka untuk tidak memberi vaksin kepada anak-anak. Pelbagai kes keburukan tidak mengambil vaksin dikongsikan namun itu semua tidak dapat menggoyangkan pendirian mereka.

sharisa
3 hours ago

"Aku Tak Pernah Letak Noktah Dalam Lakonan.." - Mula Berniaga Sejak PKP, Sharisa Haris Nafi Umum Berhenti Berlakon

Advertisement

Baru-baru ini, satu perkongsian dari golongan anti vaksin ini mendatangkan kemarahan dari netizen. Seorang ibu anti vaksin tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan untuk keluar wad kerana anaknya mendapat demam kuning.

Dalam kejadian ini, pesakit ini bersalin secara czer (ceaserean) di sebuah hospital di Kota Bahru. Tetapi dia tidak dibenarkan untuk discharge daripada wad kerana anaknya demam kuning. Sebagai golongan anti vaksin, dia tidak membenarkan sebarang vaksin dan antibiotik diberikan kepada anaknya.

“Tahap kuning tu tak pasti sebab adik tak benarkan untuk baby diambil darah”

facebook anti vaksin

Setelah perkongsian ini dimuatnaik di Facebook Masyarakat Kena Tahu, ramai yang memberi kecaman kepadanya kerana kedegilannya dalam situasi ini. Untuk kes bayi yang menghidap demam kuning, doktor mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesakit discharge dari wad.
facebook anti vaksin

Ramai juga netizen yang merasakan golongan anti vaksin seperti ini menyusahkan pihak hospital dengan pendirian mereka itu. Malah ada yang menasihatkan mereka untuk tidak bersalin di hospital jika masih berdegil dengan pendirian anti vaksin.



Pada awal tahun lalu, kerajaan berhasrat untuk memberikan dendan kepada ibu bapa yang tidak memberi vaksin kepada anak. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Gagal Vaksin Anak Boleh Didenda Sehingga RM20,000, Penjara 10 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...