Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tibanya hari kebesaran kedua Muslim ini semestinya sinonim dengan ibadah Qurban. Sebab itulah nama lain untuk perayaan ini adalah Hari Raya Qurban.
Apakah maksud Qurban?
Ibadah Qurban bermaksud menyembelih haiwan tertentu (Al -An’am) seperti unta, lembu, kerbau dan kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini (menyembelih haiwan ) dilaksanakan setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Aidiladha ( pada pagi 10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah).
Qurban adalah ibadah yang dituntut (SUNAT MUAKKAD)
Berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis para ulama’, ibadah Qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Ibadah ini merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S.
Maksud firman Allah dalam surah As-Soffat ayat 107 bermaksud: “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar”.
Sekarang ada cara mudah untuk melakukan ibadah Qurban
Sekarang, segalanya lebih mudah untuk melaksanakan Qurban. Tidak perlu lagi melalui proses renyah seperti mencari penternak ternakan, mengenalpasti harga berpatutan dan langkah lain yang memakan masa. Kini, segalanya lebih mudah dengan urusan dijalankan secara online.
Ibadah Qurban lebih mudah dengan Zabeeh Services Sdn Bhd yang berpengalaman menguruskan ibadah Qurban & Aqiqah selama 15 tahun. Lebih 15,000 peserta telah melakukan Qurban bersama Zabeeh sejak ia ditubuhkan.
Serendah RM330 untuk satu bahagian lembu, pihak Zabeeh menguruskan pelaksanaan ibadah Qurban di luar negara. Satu ekor kambing dikenakan RM550 manakala satu ekor lembu pula RM2,310. Pelaksanaan sembelihan ini dilakukan di 10 buah negara yang dikenal pasti mempunyai umat Islam yang memerlukan. Antaranya Ghana, Chad, Uzbekistan, Uganda, Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina, Sri Lanka dan sebagainya.
Selain mudah kerana boleh didaftar secara online, peserta juga akan diberikan sijil untuk membuktikan ibadah Qurban mereka telah dilaksanakan selain butiran lanjut mengenai lokasi pelaksanaan sembelihan tersebut.
Penyertaan ibadah Qurban untuk tahun ini dibuka sehingga 7 Julai 2022. Cepat sebelum terlambat! Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Zabeeh, Facebook dan Instagram. Boleh juga menghubungi pihak Zabeeh Services melalui Whatsapp di talian 019-323 4577 atau talian pejabat mereka di 03-6179 0567.