Jangan Gunakan PKP Sebagai Alasan Untuk Tidak Melakukan Qurban, Jom Tunaikan Ibadah Ini Bersama Zabeeh

Hiburan

Jangan Gunakan PKP Sebagai Alasan Untuk Tidak Melakukan Qurban, Jom Tunaikan Ibadah Ini Bersama Zabeeh

Pejam celik, pejam celik, tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Haji. Sudah pasti sambutan Aidiladha pada tahun ini kurang meriah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung. Pasti ramai yang merancang untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun ini tetapi risau sesuatu yang tidak baik berlaku ketika berkumpul beramai-ramai kan? Ha, inilah masa terbaik untuk anda mencuba perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zabeeh Services Sdn Bhd.

Abang Nara memang setiap tahun adalah pelanggan setia Zabeeh. Servis yang diberikan memang pantas, efisien dan mengkagumkan

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Abang Nara telah hadir ke pejabat Zabeeh untuk mendaftar qurban untuk keluarga tercinta. Sebenarnya lebih mudah dan pantas buat secara online di www.zabeeh.com.my, tetapi sudah menjadi satu kebiasaan untuk Abang Nara pergi ke pejabat mereka untuk mendaftar sambil bertanya khabar. Punyalah mesra diorang ini sampai dah jadi kawan.

Advertisement

masing-masing tengah fokus menguruskan pendaftaran anda untuk melakukan ibadah qurban tahun ini

Sambil-sambil mengisi borang, Abang Nara sempat bertanya tentang ibadah Qurban ketika PKP ini. Alhamdulillah masih ramai yang melakukannya bersama Zabeeh kerana harganya yang berpatutan, boleh daftar secara atas talian di www.zabeeh.com.my dan paling penting, ada sijil membuktikan yang ibadah kita memang telah selamat dilakukan. Jadi buanglah segala keraguan anda dan jangan lepaskan peluang melakukan ibadah yang amat dituntut ini bersama Zabeeh. Pendaftaran dibuka sehingga 30 Julai 2020 ini.

tahun ini Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit, jadi kita pun buatlah qurban lebih sikit

Tahun ini juga harga untuk melakukan ibadah Qurban bersama Zabeeh kekal sama. Buat anda yang tidak tahu, Zabeeh telah berpengalaman lebih 10 tahun menguruskan ibadah Qurban dan Aqiqah di luar negara. Antara negara-negara yang terlibat ialah Bangladesh, Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, India, Vietnam, Indonesia yang merangkumi wilayah Jawa Tengah, Ambon, Yogyakarta dan Lombok serta negara sekitar Afrika iaitu Chad, Mali dan Malawi. Sambil anda beribadah, sambil anda dapat memberikan kegembiraan kepada umat Islam di luar negara yang kurang bernasib baik. Insya Allah makin berlipat kali ganda pahala anda nanti.

topeng muka kena pakai kalau anda nak datang ke pejabat Zabeeh ini. Kesihatan perkara pertama yang perlu dititikberatkan

Ok jom kita tengok harga ibadah Qurban tahun ini:-

Pasti ada yang dah teruja nak melakukan ibadah Qurban bersama Zabeeh ini kan? Jangan risau mudah sangat caranya. Anda boleh pilih salah satu cara di bawah:-

  1. Layari laman web www.zabeeh.com.my/qurban2020/
  2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban &. Aqiqah Online dan tulis “Saya Nak Qurban”.
  3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 (atau klik link ini untuk terus WhatsApp).
  4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

semoga ibadah kita semua bersempena Aidiladha ini diterima olehNya

Jom sama-sama kita ambil peluang melakukan Qurban selagi kita diberikan rezeki yang mencukupi. Ingatlah bahawa di dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Maklumat lanjut layari www.zabeeh.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...