Pastinya sudah ramai yang sedia maklum mengenai kisah cinta tak jadi antara usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkefli yang kini sudah bergelar penyanyi.
Nampaknya ramai juga yang berduka dan kecewa atas kegagalan perhubungan yang cuba dicipta oleh pasangan itu.
Namun, kedua-duanya kelihatan seperti sudah berlapang dada dan menerima ketentuan Ilahi di atas takdir yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Terbaru, ada peminat sempat bertanyakan kepada Iqbal mengenai perasaan rindu terhadap DS Vida, adakah masih ada ataupun sudah hilang ditelan waktu.
Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan pada Allah. CUma untuk toleh ke belakang, pasti tidak.
Dalam pada itu, Iqbal turut mendedahkan bahawa dia kini terbuka hati untuk mengenali lebih ramai wanita selepas tragedi itu namun tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi.
“Usia saya sudah 27 tahun terasa nak ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa saja. Tapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan.” jelasnya lagi.
Terdahulu, kisah cinta dua figura ini telah mendapat liputan meluas netizen berikutan anak-anak DS Vida yang tidak merestui perkahwinan mereka berdua meskipun sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember ini.