Foto Disunting Berseluar Dalam, Iqbal Zulkefli Dah Tak Nak Duduk Malaysia

Hiburan

Foto Disunting Berseluar Dalam, Iqbal Zulkefli Dah Tak Nak Duduk Malaysia

Jika sebelum ini, usahawan yang juga bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik terkenal DS Vida, Iqbal Zulkefli telah disamakan dengan wajah binatang iaitu khinzir, kali ini fotonya telah disunting dengan tubuh badan lelaki yang memakai seluar dalam.

Maklum Iqbal, foto tersebut bukanlah dirinya yang sebenar namun telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk memalukan dirinya.

Advertisement

Disebabkan oleh hal itu, Iqbal mendedahkan bahawa dia telah menerima banyak mesej daripada orang ramai yang bertanyakan hal tersebut.

Menggeletar tangan saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan. Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada juga yang percaya.

Jelas usahawan minyak wangi ini lagi, dia tidak mempunyai akaun Facebook yang baharu dan sedar akan kewujudan laman profil palsu yang telah menggunakan namanya.

“Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada lagi satu page palsu bernama IQbal Zulkefli menadapat komen beratus orang setiap post. Itu juga akaun palsu.” maklum Iqbal lagi.

Tegas Iqbal, perkara seperti itu tidak sesuai untuk dianggap sebagai bahan jenaka dan hiburan orang ramai.

Malah, Iqbal berasa sungguh terkesan dengan insiden tersebut  dan turut memberi bayangan bahawa dia akan berpindah keluar daripada Malaysia dan menetap di luar negara.

Terdahulu, menerusi beberapa hantaran di media sosial Instagram miliknya, Iqbal ada menunjukkan bahawa dia sedang membuat persiapan membeli kelengkapan diri untuk ke luar negara.

Ujarnya, dia mungkin akan berhijrah ke luar negara dan memilih sama ada Singapura, Brunei, Indonesia ataupun Australia.

Iqbal Zulkefli
2 years ago

"Bagai Langit Dengan Bumi.." Mengaku Kalah Dengan Tokti, Iqbal Akui Belum Cukup Kaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...