“Bagai Langit Dengan Bumi..” Mengaku Kalah Dengan Tokti, Iqbal Akui Belum Cukup Kaya

Hiburan

“Bagai Langit Dengan Bumi..” Mengaku Kalah Dengan Tokti, Iqbal Akui Belum Cukup Kaya

Usahawan yang namanya kerap disebut-sebut sejak kebelakangan ini, Ahmad Iqbal Zulkefli berkata bahawa tidak wajar untuk orang ramai membanding-bandingkan kekayaan dirinya dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Iqbal Hujan
2 years ago

"Sedikit Pun Saya Tidak Berdendam.." - Wajah Iqbal Disunting Dengan Muka Khinzir

Advertisement

Ini kerana, ia bagaikan langit dengan bumi jika peminat ingin membuat perbandingan mengenai harta dan aset yang dimiliki olehnya dengan penyanyi terkenal itu.

Perkara tersebut berbangkit setelah tular mengenai penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu memakai jam mewah bernilai jutaan ringgit dan masih bersikap rendah diri walaupun bergelar jutawan.

Ia kemudian mendapat perhatian Iqbal yang menyatakan jam tersebut merupakan jam idamannya sekaligus mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Menyedari komen pedas pengguna media sosial, Iqbal mengaku bahawa Siti Nurhaliza jauh lebih berada dan berjaya berbanding dirinya.

Yang pijak duit tu bukan setengah orang tapi saya seorang sahaja, tak boleh bandingkan saya dengan Datuk Seri Siti, jauh langit dengan bumi, beliau sangat berjaya. Saya tak kaya pun belum mampu lagi beli jam yang harga berjuta. Sikap kami pun jauh berbeza.

Terdahulu, netizen memuji sikap Siti Nurhaliza yang merendah diri dan membandingkan cara hidup penyanyi itu dengan Iqbal yang didakwa sering menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.

Enggan mengeruhkan keadaan, Iqbal kemudian tampil membuat permohonan maaf di atas kelakuannya sebelum ini dan menerima teguran daripada netizen dengan hati yang terbuka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...