Penyanyi rap terkenal tanah air, Joe Flizzow memberi kenyataan bahawa dia tidak berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana ‘founder’ atau usahawan yang mahukannya menghasilkan lagu.
Menurut sumber, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, 43, berkata, dia sanggup menolak mana-mana tawaran yang tidak sesuai dengan dirinya walaupun diberikan jumlah wang yang banyak.
Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya sudah menolak banyak tawaran duit yang banyak namun tidak sinonim dengan apa yang saya nak.”
Walau bagaimanapun, Joe flizzow tidak menafikan bahawa tawaran seperti itu agak susah untuk ditolak bagi artis-artis yang sedang meningkat naik dalam dunia seni.
Bila artis-artis baru didatangi tawaran yang macam ni agak susah untuk mereka, but you have to do it and you have to know how to navigate.”
Dalam pada itu, pelantun lagu Apa Khabar sempat menasihatkan penggiat seni supaya mempunyai pendirian diri dan tidak sewenang-wenangnya merosakkan peluang untuk mendapat tawaran yang lebih baik.
Namun, Joe menyokong jika mana-mana artis mahu menerima tawaran sedemikian dengan syarat perkara tersebut memberi lebih faedah kepada artis berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: