Ketika singgah ke Taman KSM di Kuala Lipis untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah bertemu dengan bekas guru gimnastik sewaktu zaman sekolah dahulu.
Ketika kejadian Siti sedang berborak dengan penduduk setempat sebelum bekas gurunya itu kemudian lalu di hadapannya dan dia terus kenal dengan wanita berbangsa Cina itu.
Guru tersebut bagaimanapun tidak cam Siti di depan matanya kerana memakai pelitup muka. Menerusi video itu, boleh dilihat Siti cuba mencuit dan menegur dulu gurunya,
I kenal you lah, you tak kenal I.”
Ramai netizen yang menonton video itu memuji Siti kerana sikap rendah diri dan menegur bekas gurunya. Siti juga turut berbual dan mengambil foto bersama guru gimnas tersebut.
Humble nya lah hai seorang Siti Nurhaliza ni, sebab itulah rezeki murah dan disayangi ramai.”
Kata Siti mungkin gurunya itu tidak perasan kerana dia memakai pelitup muka sepanjang masa ketika berjumpa dengan penduduk setempat di situ.
Baca: Siti Nurhaliza Hargai Kerjasama ‘Grab Rider’ Bantu Hantar Sumbangan Kepada Mangsa Banjir