“I Dress For Allah” – Tampil Dengan Imej Tudung Labuh, Mia Ahmad Tak Kisah Kritikan Warganet

Hiburan

“I Dress For Allah” – Tampil Dengan Imej Tudung Labuh, Mia Ahmad Tak Kisah Kritikan Warganet

Pelakon Mia Ahmad berkongsi tentang penampilannya yang sering kali dikritik kerana bertudung labuh.

Menerusi caption di laman Instagram, Mia tidak mengendahkan pandangan sesetengah orang terhadap cara pemakaiannya demi memenuhi perintah Sang Pencipta.

Advertisement

Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….Sorry, I dress for Allah…

Dalam pada itu, Mia turut memberitahu ada pihak yang mendakwa dia tidak akan istiqomah dan perubahan dirinya tidak akan dipersetujui suami yang merupakan pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi.

Ada yang cakap I takkan istiqomah.. Ada yang cakap husband I takkan support.”

Walau bagaimanapun, Mia tidak membiarkan kata-kata negatif mematahkan semangatnya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

I kuatkan hati because I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.”

Pada hujung coretannya, Mia sempat menitipkan doa untuk wanita di luar sana supaya diberikan hidayah yang berpanjangan oleh Allah SWT.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Mia serta kagum dengan kecantikannya memakai tudung labuh.

Sekadar info, Mia Ahmad telah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izham Tarmizi pada tahun 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

2 bulan lalu

"Azab Ingat La Wei" - (VIDEO) Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Pula Lagi Sopan Pakai Jaket Labuh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...