Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Janna Nick mengejutkan orang ramai apabila merakam dirinya sedang memandu dalam keadaan menangis. Difahamkan, Janna Nick mengalami tekanan dan gangguan emosi kerana terlalu penat bekerja.
Terbaru, Janna Nick menerusi hantaran di Instagram mendedahkan dia disahkan menghidap gangguan bipolar. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan berehat seketika daripada media sosial.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah berkata, dia sering mendengar suara-suara di dalam kepala namun menganggap itu adalah perkara normal yang dihadapi semua orang. Dia mula sedar perkara itu tidak normal ketika mengambil ubat antidepressant.
View this post on Instagram
Tambah mengejutkan apabila Janna Nick membuka cerita dia pernah cuba membunuh diri di umur 14 tahun dengan menelan panadol dan ubat-ubatan lain. Setahun kemudian, dia sekali lagi membuat cubaan bunuh diri dengan menghiris pergelangan tangan di hadapan adik bongsunya.
Di ruangan komen, rakan artis tidak putus memberikan kata-kata semangat dan doa supaya Janna Nick segera sembuh.