Tekanan Kerja Melampau, Janna Nick Rakam Detik Menangis Dalam Kereta Akibat Emosi Terganggu

Hiburan

Tekanan Kerja Melampau, Janna Nick Rakam Detik Menangis Dalam Kereta Akibat Emosi Terganggu

Pelakon Janna Nick menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya dilihat telah berkongsi luahan hati di mana dia tidak lagi mampu menahan tekanan dengan urusan kerja seharian sehingga mendatangkan kekacauan pada emosi sejak kebelakangan ini.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

Dia yang dilihat tidak dapat menahan sebak telah menitiskan air mata dalam video tersebut.

Kata Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,25, dia sangat suka untuk bekerja dan jadualnya difahamkan sangat padat sehingga hujung tahun.

Mengakui badannya merasa penat namun otak masih aktif untuk berfikir, Janna berkata dia terpaksa mencipta realiti palsu untuk dipaparkan kepada peminat di luar sana dalam menutup kesedihan yang dialaminya.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Advertisement

“Bayangkan saya duduk seorang, tak buat apa-apa tapi lima, enam suara dalam kepala memberi idea berbeza untuk bekerja. Ini realiti palsu yang saya cipta untuk nampakkan saya gembira dan ada kehidupan sempurna..”

Ujar pelakon drama Marry Me Senorita ini lagi, meskipun dia penat memikirkan soal kerja namun dia terpaksa kerana ingin mencari rezeki untuk dikongsikan bersama keluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tambah Janna lagi, dia hanya mahu mempunyai kehidupan normal seperti orang lain di mana membolehkan dirinya berehat dan mempunyai masa untuk diri sendiri namun tidak mampu berbuat demikian kerana ‘dikawal’ oleh kerjayanya kini.

Dia walau bagaimanapun berjanji akan memperbaiki diri kerana beranggapan semua yang terjadi adalah masalahnya sendiri dan hanya memerlukan rehat yang secukupnya untuk diri sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

10 Comments

  1. Anonymous

    April 27, 2021 at 2:49 pm

    time bersukaria dengan boyfriend takde lak masalah mental… tiring and all… lawak la janna ni… hahahaha

  2. peminat Jannah

    April 12, 2021 at 10:09 am

    kesian eh Jannah Nick… so please la pengarah2 drama sekalian STOP lah berikan job utk Jannah… dia dh penat tu .. klu nak bg pun bagi je la watak2 pembantu jd kurang sikit streess dia…mcm xde pelakon lain korang nak bg job asyik2 jannah sampai dia dh stress teruk dh tu…..

  3. Si Prihatin lagi pelik

    April 12, 2021 at 9:35 am

    “Tired” yang di cari sendiri, kerjaya yang dia claim mengawal hidupnya pun atas pilihan sendiri. Kenapa nak merungut ? Your call, your choice. Tak faham lah akak

    • Buba

      April 12, 2021 at 10:30 am

      Janna I think its better u pegi jumpa therapist ke ape dri mluahkan kat media social. Sekian

    • mimi

      April 13, 2021 at 9:10 am

      True. Kerjaya tu you yang pilih, job yang masyuk pun you have the choice to accept or decline. Go rest and take a break from media social la. Kecaman yang datang pun sebab you yang banyak mengundang. You reap what you sow. Find proper medication/treatment, bukannya dok mengadu dan menangis kat media sosial. I think sudah tiba masanya para artis juga belajar mengawal mediasosial mereka.

Loading...