Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Nur Isma Dalilah Ismadei yang berkongsi pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ketika menggunakan kidmat penggangkutan e-hailing Grab.
Menerusi ciapan tersebut, Isma turut berkongsi video rakaman suara pemandu lelaki itu yang mangajaknya untuk ‘main tidur’ bersamanya.
Lebih jijik, pemandu tersebut turut mengumpan Isma untuk melakukan perkata tidak senonoh itu dengan bayaran sebanyak RM200.
You mahu main? Saya bayar you. Saya bayar you RM200 boleh?
Jelas Isma, dia menggunakan perkidmatan e-hailing itu untuk pergi ke tempat kerja dan langsung tidak menyangkakan lelaki yang kelihatan sudah berusia itu sanggup berbuat demikian.
Kita homat dia, macam level ayah-ayah kita. Dia tanya pernah main? Saya macam blur.
#TW:SEXUAL HARASSMENT
Girls out there tolong hati hati bila naik Grab, uncle ni awal awal tu dia tanya I "mana boyfriend", then I cakap I takde boyfriend, pastu lama sikit tu dia diam, lepas tu dia cakap "nak tanya satu soalan boleh”, then dia tanya I pernah main ke? pic.twitter.com/AyJvetQZAT— Delilah (@IsmaDalilah) February 23, 2022
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi termasuklah dari syarikat e-hailing tersebut yang meninggalkan komen ringkas berhubung tindakan ke atas kes ini.
“It always yang tua gini bebual kotor.. pernah jadi tapi tanya dah ada bf? kenapa takde bf? just banyak tanya personal question. I always keep pepper spray incase,” tulis seorang pengguna Twitter.
“Kami tidak ingin anyone melalui pengalaman ini dan kami menjanjikan perjalanan yang selamat untuk users kami,” tulis syarikat e-hailing Grab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.