“Humble PM Ke-10 Ni” – Netizen Puji Anwar Ibrahim Lepas Tengok Harga Stokin Yang Dipakai

Trending

“Humble PM Ke-10 Ni” – Netizen Puji Anwar Ibrahim Lepas Tengok Harga Stokin Yang Dipakai

Sejak bergelar Perdana Menteri Ke-10, setiap gerak geri Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi perhatian lebih-lebih lagi dalam kalangan warganet.

Terkini, Anwar menerusi akaun Twitter miliknya, memuat naik beberapa gambar bersama Pemanngku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Advertisement

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah jenama stokin mampu milik yang dipakai oleh Anwar.

Dalam pada itu, ada juga seorang individu yang menangkap layar harga stokin tersebut menerusi satu aplikasi beli-belah secara atas talian.

Perkara itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya berasa kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Ke-10 berkenaan.

“Sangat humble Perdana Menteri Ke-10 kita ni” ujar seorang warganet.

“Terbaik Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetap semangat aura rakyat,” kata seorang lagi netizen.

“Ini yang rakyat impikan,” kata netizen.

Sekadar info, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 November lalu setelah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung membentuk kerajaan perpaduan.

Anwar Ibrahim PM ke 10
1 year ago

(TERKINI) Anwar Ibrahim Sah Dilantik Perdana Menteri Ke-10

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...