(TERKINI) Anwar Ibrahim Sah Dilantik Perdana Menteri Ke-10

Berita

(TERKINI) Anwar Ibrahim Sah Dilantik Perdana Menteri Ke-10

Lapor Sinar Harian, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Dilaporkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik figura politik terkenal itu sebagai Perdana Menteri, berpatutan dengan perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

Hari ini, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu telah diadakan di Istana Negara bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku bagi urusan pembentukan kerajaan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 diketahui lewat 19 November yang lalu.

Perlantikan Perdana Menteri ke-10 negara itu bakal berlangsung pada hari ini sekitar jam 5 petang di Istana Negara seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara sekitar jam 1.45 petang tadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Muhyiddin
2 minggu lalu

Siapa PM Baharu? Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti, Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    November 24, 2022 at 2:46 pm

    yeayy idup LGBTQ

  2. NK

    November 24, 2022 at 2:40 pm

    Tahniah. Semoga memacu negara ke arah lebih baik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...