Pendakwah bebas dan peserta Pencetus Ummah, PU Syed mengingati orang ramai bahawa perayaan Halloween sama sekali tidak boleh disambut oleh umat Islam.
Menurut perkongsian yang dibuat oleh pendakwah itu di Instagram, perayaan tersebut adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.
Hukum menyambut Halloween atau berpakaian dan sebagainya bagi umat Islam adalah haram.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, PU Syed turut memberikan link rujukan mufti mengenai hal itu yang bertajuk Hukum Menyambut Perayaan Halloween.
Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengguna media sosial itu berterima kasih kepada PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atas penjelasan mengenai hal terbabit.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.