Hujan Lebat Berterusan, Jalan Lama Gombak Ditutup Akibat Tanah Mendap

Berita

Hujan Lebat Berterusan, Jalan Lama Gombak Ditutup Akibat Tanah Mendap

Sedia maklum, sejak minggu lalu negara digemparkan dengan banjir kilat yang teruk sehinggakan banyak jalan-jalan yang rosak dan terpaksa ditutup akibat tanah mendap yang berlaku di kawasan-kawasan tertentu.

Terbaharu, pihak BERNAMA ada memuatnaik sebuah video di platform media sosialnya menunjukkan jalan di Jalan Lama Gombak menghala ke arah Bentong telah terputus.

Advertisement

Difahamkan melalui perkongsian video Facebook itu, laluan melalui Jalan Lama Gombak ke Bentong terputus kerana berlakunya tanah mendap di kawasan itu.

Namun, maklumat lanjut mengenai perkara terbabit masih belum didapati.

Terbaharu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran berkenaan tentang hujan berterusan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia dan meminta penduduk tempatan bersiap-sedia untuk menghadapi bencana banjir kilat.

Ismail Sabri
3 years ago

Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir - Perdana Menteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...