Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir – Perdana Menteri

Berita

Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir – Perdana Menteri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran berhubung hujan berterusan di kawasan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia sekaligus meminta penduduk di kawasan berkenaan untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.

Perkara tersebut turut dimaklumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Yaakob di mana dia berharap agar situasi banjir di Selangor perlu dielakkan sebaiknya berikutan penduduk tidak bersedia untuk menghadapinya.

Advertisement

Kita tak mahu jadi seperti Selangor. Jadi apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran mereka mungkin tidak menjangka air naik dengan cepat dan enggan berpindah.

Akhirnya ramai terperangkap dan terpaksa berpindah serta merta tanpa sempat menyelamatkan harta benda.

Ismail Sabri ditemui media Kosmo Online ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar, semalam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan agar sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di kawasan masing-masing.

Antara yang perlu dipersiapkan adalah seperti Pusat Pemindahan Sementara, bantuan barangan, keperluan aset serta memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara dengan baik.

Semalam, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

Tunku Permaisuri Agong memasak
2 years ago

Permaisuri Agong Turun Padang Cemar Duli Memasak Untuk Mangsa Terjejas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...