Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik – Najwa Latif

Hiburan

Hubungan Dengan Bapa Kini Lebih Baik – Najwa Latif

Air dicincang tak akan putus. Syukur Abang Nara mendengar perkhabaran gembira mengenai hubungan Najwa Latif dengan ayahnya yang kini semakin pulih. Pasti orang yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah Najwa dan keluarganya.

najwa latif

Advertisement

Sebelum ini, ayah Najwa Latif pernah menggelar anak-anaknya sebagai anak derhaka kerana melupakan dirinya. Pasti Najwa kini lega kerana dapat memberi 100% fokus terhadap kerjayanya sebagai penyanyi apabila mendapat restu daripada ayah sendiri. Kata Najwa kepada portal Murai:-

Alhamdulilah, hubungan saya serta ahli keluarganya yang lain dengan bapa sudah pun baik dan merekajuga sangat supportive terhadap kerjaya nyanyian saya. Saya anggap apa yang berlaku adalah dugaan dalam hidup saya yang telah menerima nikmat hidup yang senang lebih awal berbanding orang atau rakan lain yang sebaya dengan saya

najwa latif

Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila. Abang Nara suka betul dengar lagu terbaru Najwa Latif yang bertajuk “Sahabat”. Memang catchy. Semoga selepas ini lebih banyak lagu menarik akan dikeluarkan oleh Najwa. Lebih-lebih lagi sekarang ini Najwa pun sudah tamat SPM.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...