Written by AbangNara | December 5th, 2012

Agak terkejut Abang Nara membaca Berita Harian hari ini. Tiba-tiba ayah Najwa Latif muncul untuk berkongsi kesedihan dirinya yang tidak dipedulikan oleh anak-anak. Menurut Abdul Latif yang merupakan seorang jurulatih renang, anak-anaknya sudah derhaka dan perlu memohon maaf kepadanya.
bapa najwa latif
Mungkin ada yang beranggapan Abdul Latif berbuat begini kerana inginkan populariti dan duit daripada anak-anaknya. Itu adalah tidak benar sama sekali. Kata Abdul Latif:-

Saya tidak teringin langsung hendak menumpang popularitinya, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa serta memohon maaf sebelum saya menutup mata. Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran, barulah saya berbuat demikian.

bapa najwa latif
Menurut Abdul Latif, hubungan mereka anak beranak mula dingin apabila dia menegur sikap mereka yang dirasakan tidak betul. Kata Abdul Latif, dia tidak rela melihat anaknya, Najwa Latif terus leka di puncak kepopularitian. Katanya:-

Hubungan kami mula dingin pada 2011 apabila saya menegur sikap mereka yang saya rasakan tidak betul. Salahkan tindakan saya sebagai bapa menegur anak? Mereka kata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga. Saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi berhubung masalah displin anak.

Untuk makluman, Abdul Latif telah pun bercerai dengan isterinya pada tahun 2008. Apa yang lagi mengecewakan Abdul Latiff ialah pemergian dan kepulangannya daripada menunaikan haji tahun lalu tidak langsung disambut oleh anak-anaknya. Tiada seorang pun daripada anaknya yang menunjukkan muka.

Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak menunaikan haji pada 29 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air pada 5 Disember 2011 mereka akan menunggu kepulangan saya. Luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripad amereka yang menunjukkan muka.

bapa najwa latif

Bagi Abang Nara tak perlu kot masalah keluarga sebegini diheret masuk ke dalam suratkhabar. Cubalah selesaikan sesama sendiri. Kesian kat Najwa Latif terutamanya. Nasib baik SPM dah habis. Kalau tak mesti stress. Cubalah bawak berbincang. Duduk semeja dan selesaikan segala salah faham. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

327 responses to Mohon Anak-Anak Kembali Ke Pangkal Jalan – Bapa Najwa Latif

  1. Nenek TUa says:

    Kita bukan Hakim untuk memutuskan satu2 perkara…apapun perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Semakin byk perkara aib dikeluarkan maka semakin terdedahlah siapa yg lebih membuat onar. Tak gitu cucunda cicinda sekalian…itu sahaja untuk memutuskan kebenarannya…setiap manusia diberi akal yg sempurna..kerana itu berfikirlah dengan penaakulan yg wajar.

  2. Anonymous says:

    tgk najwa latif and adik beradiknyer, ok je…lemah lembut…sopan…xmcm yg digambarkan bapanyer pon.

  3. mya says:

    bapak dia macam buat crite je weh. kalau betul najwa tak mengaku bapak, dia takkan gune kan name NAJWA LATIFF sebagai name popularnyee. haaha. entahlee. kte pun taktau crite yg sbenar. so better jgn wat andaian buruk ape2

  4. Anonymous says:

    pokok pangkalnye, redha allah adalah redha ibubapa…jgn ego Najwa..slh mcmne pn si ayh atau ibu, tanpa redha mereka, susah la idup dunia akhirat..kamu tetap kna cari cara utk dpt keredhaan ayah kamu..

  5. Mia says:

    jujur jela,ak dh xde bapak..woi nyesal bila xde bpk,sumpah nanges air mate drh skali pon xkn dpt blik..mgkin la bpk njwa silap xdidik2 bebetul,tp busuk2 dye,tu bpk kndung.. xkn dpt cri memane,open table,bincang..masuk brite,lg haru la jwbnye.

  6. baby says:

    sedihnya.saya dahlah takde ayah….kadang2 kesian dgn family yang cerai berai nih…anak2 jadi mangsa…entahlah.saya tak pernah rasa.maybe ada sebab kenapa najwa geram dengan ayah dia…menjadi ayah yang garang,belum tentu dapat mendidik anak2 dengan sempurna….didik anak biar tegas bukan garang macam singa….yang muda disayangi,yang tua dihormati…..penat je iklan nih keluar.hukhuk.btw..saya tak tahu cerita sebenar..jadi allahualam….untuk pakcik latif…..sabo jela.bawak bincang elok2.jangan aibkan keluarga pakcik sendiri.satu dunia tahu.malu dia…dia pon ada maruah…macam mana sekalipon..untuk najwa….buanglah ego,damai lah cara baik…okey…comel. as salam.

    • penyanyi 60an says:

      Hai nampaknya terpadam sudah cerita22 ku ini, benar agaknya takut orang tau cerita benar. saya memang kenal beno dengan keluarga najwa dari sebelah bapa & juga ibu. jangan nak temberang pasal keluarga dia, Bapanya memang bertanggung jawab fasal nafkah dan apa juga keperluan anak seharian terlalu amat menyayangi najwa drp adik beradiknya yang lain. Apabila anak menipu dia, dengan alasan macam2, siapa juga jadi bapa akan merasa marah. Dia penyanyi popular tapi dia tahu dari mana asal usulnya? Kenapa mesti menipu untuk melepaskan diri sendiri, kan pakai tudung dan beragama islam apa hukum menipu tu? Orang tak tau bolehlah cakap macam2, kalau betul buat sidang akhbar beritahu dah tegur bapa ke belum? atau masuk melodi cakap sendiri jangan jadi emak borek anak rintek, mak tak tegur atuk 5 tahun, anak tak tegur bapa dah 2 tahun jawablah siapa salah sekarang? Sumpah dengan memegang Al-Quranlah baru betul! jangan orang asyik menyalahkan bapanya saja

  7. rambo says:

    celaka punya latiff.. nak cri popular sbb jeles anak dia dh popular.. kompom latiff ni jenis kaki arak, kaki judi.. sbb tu isteri kau cerai dgn kau.. klu kau jenis syg anak mahu anak kau berjaya, xde kau buat kerja bodo pergi ke media ckap najwa latiff anak kau sendiri tu anak derhaka.. tu dah kira kau malukan anak kau sendiri.. paham x??? bincang secara baik sudahlah..