Wajah gambar bayi tular baru-baru ini bukan anak keempat pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan seperti yang disebarkan di media sosial itu.
Perkara itu telah dinyatakan oleh pihak Hospital Cancelor Tuanku Mukhriz (HTCM) UKM menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.
Dengan ini memaklumkan bayi tersebut bukan anak Allahyarham dan menafikan sumber gambar tersebut diperoleh daripada kakitangan HTCM seperti didakwa.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang, pengurus arwah, Nana Mohamad Rom turut menafikan gambar tersebut dan memohon kepada orang ramai agar berhenti kongsi gambar tersebut di platform media sosial.
Sedia maklum, sebelum ini tular sebuah gambar bayi didakwa merupakan bayi yang dilahirkan oleh Allahyarham Sarah pada Jumaat lalu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.