Siti Sarah Ditidurkan, Jalani Pembedahan Keluarkan Bayi

Hiburan

Siti Sarah Ditidurkan, Jalani Pembedahan Keluarkan Bayi

Petang Rabu lalu penyanyi Siti Sarah telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk yang teruk serta kekurangan oksigen dalam badan akibat daripada jangkitan COVID-19 dan telah ditidurkan.

Siti Sarah
3 years ago

Keadaan Kurang Stabil, Siti Sarah Masuk ICU

Advertisement

Selepas beberapa jam ditidurkan, beliau yang sedang sarat hamil lapan bulan kini telah menunjukkan perkembangan yang positif dan suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan Sarah akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi sekitar pukul 2 petang, Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengurus penyanyi tersebut, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music.

Alhamdulillah, Shuib baru menghubungi saya. Doktor hubungi dia dan beritahu keadaan Sarah makin stabil. Kalau pembedahan ini berjaya, insya-Allah semuanya okey. Insya-Allah Sarah akan okey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini, rakan pasangan selebriti ini turut mengadakan sesi bacaan Yasin secara maya bagi mendoakan kesejahteraan Sarah yang sedang bertarung di unit rawatan rapi (ICU).

Siti Sarah covid-19

Sedia maklum, penyanyi lagu Terakhir Buat Teman sekeluarga itu telah disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah telah disahkan positif sebelum itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...