‘Hot Daddy’ & Dua Teman Wanita Mengaku Tak Bersalah Buat Servis Pers*ndalan Di Media Sosial

Kehidupan

‘Hot Daddy’ & Dua Teman Wanita Mengaku Tak Bersalah Buat Servis Pers*ndalan Di Media Sosial

Suspek kes iklan persundalan online yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ di media sosial berserta dua teman wanitanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat servis seks di aplikasi X dan Telegram.

Suspek, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, bersama Norhidaya Mahadi,24, dan Norshazrina Md Zamri,27, membuat pengakuan tersebut dan dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama.

Advertisement

Jika disabitkan bersalah, ketiga-tiga mereka boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun, sebatan serta denda.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili ketiga-tiganya tampil membuat rayuan di mana memohon suspek diberi ikat jamin pada kadar yang minimum kerana tidak wujud kemungkinan mereka akan melarikan diri selain alasan perlu menjaga bapa yang kini berusian 67 tahun dan turut mempunyai sejarah sakit buat pinggang.

Hot DaddySumber : Harian Metro  

Hasli Ikhwan yang dikenali dengan nama ‘Hot Daddy’ itu juga memberi kenyataan sokongan di mana dia mempunyai tiga orang anak yang kini berusia 12,10 dan 4 tahun.

Norshazrina bekerja sebagai pengurus swasta dengan gaji RM4,000 sebulan dan menanggung ibu berusia 56 tahun yang mempunyai penyakit jantung manakala Norhidayah tidak mempunyai pendapatan tetap.

Setelah mendengar permohonan kedua-dua pihak, Siti Aminah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari depan untuk perbicaraan selanjutnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ceti haram
11 months ago

"Jangan Cabar Saya Untuk Bakar Rumah Anda" - Individu Tak Bayar Hutang Ahlong, Rumah Jiran Sebelah Disimbah Cat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...