“Jangan Cabar Saya Untuk Bakar Rumah Anda” – Individu Tak Bayar Hutang Ahlong, Rumah Jiran Sebelah Disimbah Cat

Kehidupan

“Jangan Cabar Saya Untuk Bakar Rumah Anda” – Individu Tak Bayar Hutang Ahlong, Rumah Jiran Sebelah Disimbah Cat

Satu perkongsian di media sosial mengenai tindakan ceti haram mengugut beberapa penduduk di satu kawasan perumahan gara-gara jiran mereka tidak membayar hutang ahlong telah mencuri tumpuan warga maya di media sosial.

Difahamkan, kes penganiayaan harta benda individu itu berlaku di Taman Selaseh, Batu Caves, Selangor dan turut disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Bin Mohamad Nasir.

Advertisement

Simbah cat merah di rumah jiran

Dalam hantaran yang dimuat naik di aplikasi X itu, beberapa buah rumah dan kereta milik jiran individu yang berhutang dengan ceti haram itu telah disimbah cat merah sekaligus membuatkan mereka yang terlibat menanggung kerugian akibat perbuatan itu.

Terima surat ugutan

Malah, terdapat satu surat ugutan dipercayai dikeluarkan ahlong yang menggesa agar jiran-jiran mencari dimanakah ‘individu’ itu berada kerana telah menghilangkan diri dan tidak membayar hutang.

surat ugutanSumber : X  

Dalam surat itu juga, ceti haram berkenaan turut mengugut untuk membakar rumah jika penghutang itu gagal ditemui.

Korang suruh rumah no ** tu call kami dan settlekan hutang-hutangnya jika tak korang juga ikut sama. Jangan cabar saya, untuk bakar rumah ni.

Suruh jiran korang settlekan secepatnya jika tidak, faham-fahamlah apa saya akan buat nanti.

Hantaran tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sepatutnya terhadap ceti haram yang melampaui batas sehingga menganggu orang yang tidak berkenaan.

“Gilalah. Tak pasal2 jiran yg xtau apa2 jd mangsa kne simbah cat jgak. Kau yg bodoh pegi berhutang dngn along, lepas tangan xnak bayar, org lain plk terima bala.” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Suka dessert fitnah
3 months ago

Difitnah Guna Coklat Murah, 'Owner' Suka Dessert Jawab Tuduhan - "Saya Akan Tunjuk Invoice, Tengok Harga Berapa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...