Hospital Di India Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

Trending

Hospital Di India Asingkan Pesakit COVID-19 Muslim Dan Hindu

Umum mengetahui bahawa sebelum ini dunia pernah digegarkan mengenai keganasan yang dilakukan oleh kerajaan India terhadap umat Muslim di sana sehingga menyebabkan banyak kematian berlaku.

Bella Astillah
3 hours ago

Ruhainies Mohon Ampun Maaf, Ini Respon Bella Astillah - "Alhamdulillah, Saya Minta Maaf Sebab.."

Advertisement

Namun, siapa sangka disaat getir dunia berperang dengan pandemik COVID-19 nampaknya India masih mengamalkan dasar diskriminasi agama di sana dengan membuat pengasingan antara pesakit positif COVID-19 Muslim dan Hindu.

Situasi ini difahamkan telah berlaku di sebuah hospital kerajaan di Gujarat. 

Perpindahan pesakit Covid-19 dilakukan

Ini adalah keputusan kerajaan dan anda boleh bertanya kepada mereka.

Kerajaan India turut dikatakan enggan memberikan sebarang jawapan mengenai tujuan utama pengasingan wad mengikut agama ini kepada pihak media.

Gambar hiasanWalau bagaimanapun, seorang doktor telah tampil memberi penerangan mengenai pengasingan pesakit yang dibuat. Menurutnya, perkara ini dilakukan kerana sejumlah besar pesakit Hindu telah mengadu berasa kurang selesa berada di dalam wad yang sama dengan pesakit dari komuniti minoriti (Muslim). Bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku kerajaan memerintahkan untuk memisahkan mereka buat sementara waktu.

Namun, terdapat juga khabar yang menyatakan bahawa pengasingan itu dibuat kerana India mempercayai propaganda berita palsu yang tersebar, di mana umat Islam dikatakan menjadi punca penyebaran kepada virus itu di sekitar India.

Mendengar khabar tersebut, World Health Organization (WHO) telah pun mengeluarkan kenyataan untuk tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 mengikut agama serta mengharapkan semua warga India mendapat rawatan yang sama rata tidak kira agama.

Sehingga kini, umat Islam di sana dikatakan masih menerima rawatan yang baik sama seperti penganut agama lain bagi memastikan negara India segera pulih daripada wabak COVID-19.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...