“Hos Kena ‘Stand-By’ Dari Pagi Sampai Malam” – Iedil Putra Kongsi Pengalaman 14 Jam Mengacara

Hiburan

“Hos Kena ‘Stand-By’ Dari Pagi Sampai Malam” – Iedil Putra Kongsi Pengalaman 14 Jam Mengacara

Pelakon Iedil Putra berkongsi pengalamannya sebagai pengacara ketika mengendalikan festival TAPAUfest dari Jakarta, Indonesia.

Iedil atau nama lengkapnya Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin, berkata pengalaman mengacarakan program tersebut bersama pelakon, Sharifah Amani agak mencabar, tambahan lagi ia berlangsung selama 14 jam.

Advertisement

Menurut Iedil, 37, walaupun dia dan Sharifah Amani merupakan hos bersama tetapi pasangannya itu berada di Kuala Lumpur.

Mula-mula saya tak terfikir yang event tu 14 jam dan pun kena stand-by dari pagi sampai malam.

Pelakon filem Pekak itu berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya iaitu ketika live streaming, server down walaupun malam sebelum itu mereka telah test dan semuanya okay, tidak ada masalah.

Panik juga sebab kita fikirkan tentang penonton yang dah ramai masuk nak tengok TAPAUfest.

Masa tu dah fikir, habis lah orang tak boleh nak tengok TAPAUfest pagi tu. Dalam tiga jam juga delay dan beberapa program dianjakkan masa.

Iedil berkata dia telah banyak menimba pengalaman dalam menjalankan tugas pengacaraan di negara jiran secara maya walaupun ada berlaku masalah teknikal di awal acara, mereka sudah melakukan yang terbaik.

Info tambahan, festival TAPAUfest berlangsung pada 30 Oktober lalu telah berjaya menghimpunkan pembikinan karya indie dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia yang menyatukan komuniti untuk bersama menyahut #lifeislive.

3 years ago

Mula Mengacara Sejak 2014, Jihan Muse Akui Tanggungjawab Sebagai Hos Bukan Mudah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...