Mula Mengacara Sejak 2014, Jihan Muse Akui Tanggungjawab Sebagai Hos Bukan Mudah

Hiburan

Mula Mengacara Sejak 2014, Jihan Muse Akui Tanggungjawab Sebagai Hos Bukan Mudah

Pelawak yang semakin terkenal dalam dunia pengacaraan, Jihan Muse mengakui tanggungjawab sebagai hos bukan sesuatu perkara yang remeh.

3 years ago

Risau Anak Tak Tahan Jalani Ujian Calitan COVID-19, Jihan Muse Kongsi Momen Anak Kesayangan Buat 'Swab Test'

Advertisement

Jihan atau nama sebenar Nuur Jihan binti Musa yang mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan melalui program realiti Diari Akademi Fantasia (AF) pada 2014 itu berkata tawaran menjadi pengacara datang bersama tanggungjawab berat.

Jihan Muse

Jihan, 38, menganggap bahawa siapa pun kita, apabila menjadi hak milik masyarakat, orang akan sentiasa memerhati dan mendengar apa yang diperkatakan. Jadi, sebagai pengacara, perlu sentiasa berhati-hati dan mengawal diri serta tutur kata.

Memang kadang-kala apabila ramai-ramai, kita jadi sangat teruja untuk bercakap hingga terkeluar cerita dalam kain yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Pengacara Gegar Vaganza itu berkata pengacara perlu sentiasa sedar diri dan menjaga ruang dalam interaksi. Mengulas tentang apa yang terjadi kepada rakan artisnya baru-baru ini, ianya memberi pengajaran kepadanya dan rakan artis lain.

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz itu berkata kita tidak boleh menuding jari kepada mereka yang melakukan kesilapan. Ini mungkin hari mereka, esok lusa kita pula yang buat silap.

Jadi, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Sebaliknya, saya cuba kawal sedaya mungkin untuk mengelak daripada mencetuskan kontroversi.

Sementara itu, Jihan turut meluahkan rasa syukur kerjaya seninya tidak terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...