Susulan langkah berdiam diri yang diambil oleh Najwa Latif mengenai isu keluarganya, Mynewshub melaporkan yang kakak Najwa iaitu Ika Latif memohon semua pihak untuk menghormati keputusan mereka berdiam diri.
Bagi Ika, hal keluarga tidak sewajarnya dihebohkan kepada orang ramai. Katanya:-
Macam ni, ayah ada hak untuk bersuara. Najwa juga ada hak untuk bersuara, saya dan adik-adik yang lain juga ada hak untuk bersuara. Tapi, masalah keluarga kami tak rasa perlu digembar-gemburkan dan Najwa sendiri tak mahu hebohkan tentang hal ini. Jadi, jalan yang terbaik adalah kami berdiam diri. Apa yang boleh saya katakan, ayah tahu, mak saya tahu, Najwa tahu dan kami tahu apa yang berlaku. Itu sudah cukup. Hal keluarga, siapa yang suka diperbesarkan. Bukan berdiam diri itu maksudnya kami tak nak ‘defend’ diri kami, tapi, tindakan itu adalah untuk menjaga perasaan semua pihak termasuk mak saya, ayah saya dan ramai lagi.
Abang Nara ada baca sepintas lalu ruangan komen entri “Mohon Anak-Anak Kembali Ke Pangkal Jalan“, Ada pihak yang mendakwa dirinya Abdul Latif dan memberikan penjelasan mengenai tindakannya di ruangan komen. Nasihat Abang Nara, baca boleh namun jangan percaya 100% kerana identiti pengkomen tersebut tidak dapat disahkan.
P/S : Ada plan nak gi korea next year?? Deal terbaik Abg Nara rasa so far… Lawati FB dan LIKE pelangibonda utk package terbaik dari ladang! SEGERA KERANA SEAT SEMAKIN BERKURANGAN.