“Hormat Prosiding Mahkamah..” – Perbicaraan Disambung, Rina Harun Mohon Netizen Tak Masuk Campur Kes Bella

Berita

“Hormat Prosiding Mahkamah..” – Perbicaraan Disambung, Rina Harun Mohon Netizen Tak Masuk Campur Kes Bella

Sedia maklum, kes penderaan yang melibatkan remaja istimewa bernama Bella telah mendapat perhatian ramai dan dimaklumkan, kes terbabit sudah kembali bersambung pada hari ini.

Kes penderaan teruk yang berlaku ke atas gadis terbabit telah membuatkan ramai yang mengecam serta meninggalkan pelbagai teori kerana bersimpati atas apa yang telah terjadi pada Bella hingga lupa untuk menghormati pihak mahkamah.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun memohon agar orang ramai tidak sebarkan maklumat kurang tepat ataupun palsu biarpun menyayangi adik Bella.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rina Mohd Harun (@rinaharunofficial)

Usah sebar maklumat-maklumat kurang tepat berkaitan kes adik Bella dan teruskan menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah.

Dalam pada entri yang sama dilakukan oleh beliau itu, Rina sempat berkata beliau akan sentiasa memberi sepenuhnya sokongan kepada adik Bella dan memastikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memberi sokongan psikososial buat gadis terbabit agar keceriaannya kembali semula.

Tidak terkecuali mahukan yang terbaik buat adik Bella seperti masyarakat di luar sana, Rina berdoa agar kes perbicaraan ini dapat diselesaikan secara adil dan saksi dapat beri keterangan yang tepat agar keadilan menyebelahi pihak remaja istimewa itu.

Sebelum ini, kes perbicaraan Bella ini mendapat perhatian ramai dan bukan saja perhatian rakyat Malaysia, malah ahli politik, golongan selebriti serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

isteri TMJ akan bantu adik Bella
2 years ago

"Karma Akan Hadir" - Enggan Diam Diri, Isteri TMJ Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...