Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna plaza tol ada berkongsi satu rakaman video di mana sebuah pemandu Honda City yang bertindak ‘menghimpit’ kenderaannya dan cuba membayar tol dengan SmartTag semasa berada di lorong RFID.
Rakaman yang diambil daripada ‘dashcam’ itu dilihat membuat tindakan yang boleh dianggap sebagai ‘luar biasa’ dan pelik sehinggakan boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Ianya sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang melihat video tersebut kerana pemandu Honda City itu seolah-olah tidak mengetahui lorong tersebut khas untuk RFID, sedangkan terdapat papan tanda informasi yang disediakan sebesar-besarnya di setiap plaza tol.
Dalam pada itu, ada juga yang membuat spekulasi bahawa pemanda tersebut sengaja menghulur SmartTag sebagai ‘cover line’ supaya dia dapat menghimpit kenderaan di hadapannya agar dapat mengelak daripada membayar tol.
Kata netizen lagi, sepatutnya pemandu Honda City berada di lorong yang betul bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sekiranya dia menggunakan SmartTag sebagai ‘cover line’ untuk elak daripada membayar tol, wajarlah tindakannya itu dikecam orang ramai.