Tular Video Gaduh Di Kedai Makan, Netizen Syak Punca Harga Makanan Terlampau Mahal

Kehidupan

Tular Video Gaduh Di Kedai Makan, Netizen Syak Punca Harga Makanan Terlampau Mahal

Jika tiba sahaja cuti panjang, pastinya orang ramai akan berpusu-pusu merancang perjalanan atau percutian tidak kiralah di dalam negeri atau luar negara.

Sering menjadi tumpuan pelancong, Pulau Pinang semestinya menjadi satu destinasi pilihan orang ramai kerana ia boleh dianggap sebagai syurga makanan buat ‘kaki makan’ di luar sana.

Advertisement

Semalam, tular di media sosial mengenai sebuah rakaman video yang menyaksikan kejadian pergaduhan yang dipercayai berlaku di sebuah arked makanan terkenal di Pulau Pinang.

Dalam video berdurasi 1 minit dan 12 saat itu, terlihat kawasan kedai tersebut menjadi kacau bilau dan riuh seketika akibat pergaduhan tersebut.

Pada ketika itu, arked tersebut turut dipenuhi dengan pengunjung yang sedang menjamu selera dan ada juga yang masih menunggu hidangan yang dipesan.

Malah, pergaduhan tersebut turut dihiasi dengan adegan baling kerusi lalu membuatkan pelanggan yang berada di situ terpaksa beredar dan mengosongkan kawasan pergaduhan.

Namun, tidak dapat dipastikan apa sebenarnya punca yang menyebabkan pertelingkahan tersebut namun menurut netizen yang meninggalkan komen di video tersebut, antara faktornya adalah mungkin kerana harga makanan yang terlalu mahal.

Komen TwitterSumber : Twitter  

 

“Tolong la orang luar jangan makan sini, samseng berebut customer, harga cekik darah, makanan tak sedap. Tolong la jangan makan kat sini.” ujar seorang pengguna media sosial.

Rumah sewa PPR 1.4k
2 years ago

“Macam Sewa Condo.."- Iklan Sewa Rumah PPR RM1.4k Sebulan Buat Netizen Terkejut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...