“Hilang Sabar Dah..” – Tunggu 4 ‘Round’ Untuk Naik ‘Lift’, Wanita Kesal Terpaksa Bawa ‘Stroller’ Naik ‘Escalator’

Kehidupan

“Hilang Sabar Dah..” – Tunggu 4 ‘Round’ Untuk Naik ‘Lift’, Wanita Kesal Terpaksa Bawa ‘Stroller’ Naik ‘Escalator’

Tular di laman Instagram, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wanis Adam yang meluahkan rasa kecewa terhadap pengunjung di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu kecewa apabila ramai pengunjung telah menggunakan lift walaupun berusia muda, sihat, tidak menggunakan keusi roda atau membawa stroller, dan tidak membawa barangan yang banyak.

Advertisement

Difahamkan, dia dan suami yang membawa dua anak kecil di dalam stroller terpaksa menunggu selama 4 pusingan untuk turun dari tingkat dua ke lower ground (LG).

lift

Tolong tolong Malaysian semua please faham dan ada sensitivity bab bab ni, bukan tak ada kes sebelum ni, dah banyak kes budak jatuh escalator kan kat Malaysia.

Malah, mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk membawa stroller turun dengan menggunakan eskalator disebabkan lift yang sentiasa penuh.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan kenyataan wanita itu dan memohon agar pengunjung di pusat membeli belah memberi keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Setuju sangat sebab dah mengalaminyaa! – Netizen.

Sudah lah dekat escalator kadang ada palang silver tu tak bagi bawa stroller/wheelchair. Kita tercongok lah lama depan lift tu, tunggu turn,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami diperli pendek dari isteri
6 bulan lalu

"Bawa Dua Anak Ke Tu" - Suami Diperli Macam 'Budak' Sebab Ketinggian Rendah, Isteri 'Sound' Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...