“Hilang Mata Pencarian, Zaman Saya Sudah Tamat” – Salih Yaacob Jual Semua Kereta, Hanya Tinggal Rumah

Hiburan

“Hilang Mata Pencarian, Zaman Saya Sudah Tamat” – Salih Yaacob Jual Semua Kereta, Hanya Tinggal Rumah

Dahulu pernah dikenali sebagai seorang selebriti ‘all-rounder’ susulan berbakat dalam bidang melawak, lakonan, menyanyi, mengacara serta menjadi penyampai radio, namun bintang veteran, Salih Yaacob mengakui zaman populariti yang dikecapi sudah pun berlalu.

Hilang mata pencarian, jual semua kereta yang dimiliki

Menurut Salih atau nama sebenarnya, Mohammad Salih Yaacob, dirinya sudah tidak mendapatkan sebarang tawaran sejak enam tahun lalu dan kini mencari nafkah dengan menjadi pengulas produk serta membuat sesi siaran langsung di TikTok dari kediamannya.

Advertisement

Sejak hilang mata pencarian, saya jual semua kereta, iaitu antara lima hingga enam kenderaan. Apa yang tinggal adalah rumah saya.  Pendapatan pula, kalau Allah ada bagi, adalah. Tetapi, rezeki tidak putus.

salih yaacob

Biarpun begitu, Salih bersikap realistik dan sama sekali tidak terasa hati apabila tiada lagi ‘tempat’ buatnya dalam industri seni.

Dalam pada itu, Salih berkata dia masih menanggung keluarga daripada tiga perkahwinannya, namun akui pelawak itu, dia tidak terasa beban susulan hanya dua daripada 12 orang anak yang masih bersekolah.

Kesihatan tak terlalu baik, tak ada sakit..

Anak-anak lain semua sudah ‘lepas’ dan ada yang sudah berkahwin. Bagaimanapun keadaannya, saya kena tunai tanggungjawab. Isteri saya semua setia, sanggup bersama dalam susah.

salih yaacob

Tambahannya lagi, kesihatan diri tidak terlalu baik sejak kebelakangan ini, di mana Salih tidak boleh berdiri lama sejak enam tahun tidak bekerja, hinggakan ada masa perlu dibantu orang jika mahu bangun.

Saya duduk rumah saja. Jadi, hendak bangun lama-lama pun tidak boleh. Saya tidak berapa kuat, betul-betul tak larat. Tetapi, bukanlah sebab penyakit. Saya tiada sakit.

salih yaacob
2020-05-29 14:56:26

Salih Yaacob Akui Tak Rindu Lagi Dunia Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...