May 29th, 2020

Mengakui tiada apa yang nak dirindukannya lagi selepas setahun meninggalkan kerjaya seni sepenuhnya, selebriti terkenal tanah air, Salih Yaacob dikhabarkan sudah puas dengan apa yang diraihnya selama ini.

salih yaacob

Kata Salih beliau langsung tidak mahu mengenang akan nikmat popularity yang diraihnya dahulu kerana akui usianya kini semakin ke penghujung.

Menurutnya, kehidupan yang dijalani kini semakin tenang dan damai kerana menganggap dirinya sudah bersara malah lega rakan-rakan dalam industri juga tidak lagi menghubungi dan mencarinya lagi.

“Saya pun tidak sedih atau  berkecil hati bila tiada rakan menghubungi kerana saya pun boleh mencari mereka.”

Bapa kepada 13 cahaya mata ini semakin bahagia mengharungi kehidupan besama tiga isterinya iaitu Norlizah Mamat, Norfara Wahida Sulaiman dan Samihah Sheikh Ali, malah menyatakan tumpuan masanya hanya kepada keluarga.

salih yaacob

Tambahnya, urusannya untuk seronok dengan aktiviti dunia sudah temui terhenti. Hal ini kerana, tempoh kini baginya hanya untuk mempersiapkan bekalan akhirat sahaja.

Ujar Salih, beliau amat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT dan redha dengan fasa kehidupan yang dijalani mereka secara sederhana.

Menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio Sinar selepas 13 tahun berkhidmat pada tahun lalu adalah kerana faktor usia dan kesihatan.

Malah, namanya juga pernah dikenali sebagai pelakon era 1980-an apabila membintangi filem seperti Jejaka Perasan, Keluarga 99 dan Mr Os.

Sumber: Harian Metro


One response to “Salih Yaacob Akui Tak Rindu Lagi Dunia Seni”

  1. Abam Kie says:

    Alhamdulillah. Saya memang meminati karekter beliau sbg DJ Sinar FM dahulu. Begitu menceriakan pagi saya.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...